Khamis, 28 November 2013

Jangan Sekat Kebebasan Bersuara di Internet...

Vietnam Akan Denda Pengkritik Kerajaan di Laman Sosial HANOI 28 Nov. - Vietnam akan mengenakan denda sebanyak AS$4,740 (RM15,200) kepada sesiapa yang mengkritik kerajaan di laman sosial, di bawah undang-undang baharu yang diumumkan minggu ini. Denda tersebut dikenakan sebagai hukuman terkini dalam usaha mempertingkatkan tindakan keras kerana perbezaan pendapat di negara ini. Kritikan yang dilontarkan akan dikenakan denda jika dilihat sebagai "propaganda menentang kerajaan", atau menyebarkan "reaksi ideologi", mengikut undang-undang yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Nguyen Tan Dung. - REUTERS Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131128/lu_01/Vietnam-akan-denda-pengkritik-kerajaan-di-laman-sosial#ixzz2ltlJu4Sn © Utusan Melayu (M) Bhd