Aku hamba Allah S.W.T. Ini ruang untuk aku berbicara. Suara kecilku di lautan maya alam siber. Moga2 kita mampu berbicara tentang dunia dan akhirat dengan ilham daripada Yang Maha Esa...
Selasa, 6 Oktober 2020
Khamis, 1 Oktober 2020
PENAMPAKAN BUAYA 'TORPEDO' | Pangkalan Feri Sungai Buluh #monstercroc #b...
PENAMPAKAN BUAYA 'TORPEDO' | Pengkalan Feri Sungai Buluh Salam sejahtera... Feri Sungai Buloh atau lebih dikenali sebagai Feri Sungai Bulu sudah lama tidak beroperasi. Kawasan feri ini menjadi tempat pemancing mencari rezeki, terutamanya pemancing udang. Kelibat buaya ini memang selalu kelihatan semasa feri masih beroperasi. Haiwan liar ini berenang melintasi feri pada waktu-waktu tertentu. Pengguna feri menjadi saksi penampakan reptilia ini dan menjadi perbualan hangat mereka. Menurut pekerja feri pada ketika itu, buaya ini selalu kelihatan timbul dekat feri, tidur di pengkalan feri, atau berehat di pantai dekat feri. Saiz buaya ini 'monster' kata mereka. Penampakan buaya ini direkodkan semasa aku memancing di pangkalan feri Sg. Buloh. Buaya ini berenang dari kawasan Jambatan Batang Sadong. Pada mulanya aku tak ambil peduli sangat. Akan tetapi apabila melihat kelajuan buaya berenang dan arus air pasang pada ketika itu agak deras aku agak teruja. Manakala, video kelibat buaya yang timbul berdekatan pengkalan feri telah dirakamkan oleh sahabat aku Nik Zamri. Katanya buaya itu tiba-tiba muncul dari arah bawah pangkalan feri pada waktu Maghrib. Seram beb. Meremang bulu roma. Saiz buaya besar. Harap video aku jadi informasi berguna kepada pemancing dan pengunjung yang selalu melepak di pangkalan feri ini. Jaga keselamatan diri kita. Jangan ganggu buaya ini kerana ia makhluk Allah yang perlu makan dan berjuang untuk hidup. Saling hormat-menghormati sesama makhluk. Hati-hati gais... Sekian... Terima kasih. Kredit To Nik Zamri. buayaliar,crocodile,borneo,sarawak,malaysia,buayaganas,wildcrocodile,#lajusepertitorpedo,torpedo, feri,ferisungaibuloh,buayabesar,giantcrocodile,monstercrocodile #buaya #crocodile #monstercrocodile #buayaganas #buayaliar #wildcrocodile #borneo #sarawak #malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)