Sabtu, 2 Mei 2020

IKAN TERUBOK PENDAM SUDAH MARI | Bertelur You You! #terubuk



Ikan Terubok Pendam @ Sadong Jaya

Daerah Kecil Sadong Jaya terkenal dengan Ikan Terubok Segar. Setiap kali musim Terubok datang, Pasar Sadong Jaya jadi tumpuan penduduk2 dari kawasan sekitarnya, terutamanya dari Kuching.

Musim terubok di Sadong Jaya bermula bulan Februari sehingga Oktober. Untuk pengetahuan peminat-peminat TERUBOK musim ikan ini bertelur pada masa air PASANG BESAR (aik angkat). Pada waktu ini nelayan akan dapat menangkap banyak ikan Terubok. Jika anda ingin membeli terubok fresh sila rujuk almanac atau Kalendar Pasang Surut Air.
Laman Web Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak :

#https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2607284882852996&id=100007145282280

#https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=190507282253306&id=100038821071371

#https://did.sarawak.gov.my/page-0-0-1422-SARAWAK-KING-TIDE-PERIOD-2020-1-3.html


#https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2762768270504315&id=100003135085959

Ikan terubuk atau toli shad atau hering Cina ialah ikan daripada famili Clupeidae, satu spesies shad tersebar di barat Lautan Hindi dan Teluk Bengal ke Laut Jawa dan Laut China Selatan. Ia boleh didapati di Mauritius dan Mekong Kemboja berhampiran sempadan Vietnam.
Nama saintifik: Tenualosa toli

Kampung Sadong Jaya teletak di Daerah Kecil Sadong Jaya, Asajaya, Samarahan, Sarawak.

Jaraknya dari Kuching lebih kurang 70 KM menggunakan jalanraya. Mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.

Salah satu tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong ialah Jeti Sadong Jaya atau lebih dikenali dengan 'Wap Pendam'. Nama 'Pendam' adalah nama asal kampung ini.

Selain keindahan pemandangannya, Wap Pendam juga tempat pemancing mencuba nasib memburu ikan terusan, buntal, sembilang dan lain-lain lagi.

Kampung Sadong Jaya terkenal dengan ikan-ikan 'fresh', khususnya Ikan Terubok Sarawak.

Kemudahan 'Homestay' ada disediakan di sini dengan harga berpatutan. Pelancong boleh mengikuti aktiviti-akriviti seperti melihat kelip-kelip waktu malam, merasai makanan tempatan yang terkenal seperti 'burasak', satay, lemang, dan sebagainya.

#homesa
#sadongjayahomestay
#telurterubok
#terubokbertelur
#ikanteruboksegar
#ikanteruboksarawak
#terubokbakar
#terubokpanggang
resepi ikan terubuk sarawak,masakan ikan terubuk,ikan terubok segar
masakan ikan terubuk,ikan terubok,ikan terubuk,ikan terubuk bakar,ikan terubuk sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan