Aku hamba Allah S.W.T. Ini ruang untuk aku berbicara. Suara kecilku di lautan maya alam siber. Moga2 kita mampu berbicara tentang dunia dan akhirat dengan ilham daripada Yang Maha Esa...
Rabu, 29 April 2020
BERBUKA PUASA DI MASJID NABAWI MADINAH Umrah Ramadan
Kenangan Umrah Ramadan dan Syawal 2019
Kesempatan Berbuka Puasa atau Iftar Ramadan di Masjid Nabawi sangat istimewa kerana umpama berbuka bersama nabi. Berpuasa di Tanah Suci pahalanya juga berlipat kali ganda.
Pengalaman yang sangat berharga. Berpuasa selama lebihkurang 15 jam. Suhu panas yang ekstrim (40-45°C). Sehinggakan angin yang bertiup seumpama angin panas yang keluar dari corong 'hairdryer'.
Justeru itu, saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan orang lain. Mungkin pengalaman yang sedikit ini dapat memberi maklumat kepada saudara yang ingin menunaikan umrah di bulan Ramadan.
Tarikh : 01 Jun 2019
Tempat Berbuka : Masjid Nabawi, Madinah Al-Munawarah
Makanan dan Minuman : Kurma, Teh Shai, Roti Arab, Susu Laban (Yogurt), Air Zam-zam dan Kopi Qohwah (Rasa Berempah).
Peringatan kepada jemaah yang berkeinginan dan berkesempatan berpuasa dan berbuka di Masjid Nabawi, jangan segan untuk turut serta berbuka di sana kerana akan ada hamba Allah yang akan menjemput anda menikmati juadah berbuka.
Mereka menjemput kita untuk menikmati juadah yang disedekahkan. Pilihan ada ditangan kita, kalau hendak makan makanan yang berat boleh berbuka di perkarangan masjid.
Sila view, like, subscribe, dan share jika sukakan karya saya. Semoga kita dilindungi Allah, dan dipermudahkan segala urusan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan