Isnin, 11 Oktober 2021

IKAN SEMBILANG MONSTER : Terlepas Depan Mata 😱😆😎 #kalobukanrezeki #trage...

Salam Sehobi, Ikan sembilang merupakan ikan yang digemari dan diburu pemancing. Kali ini kailku disambar ikan sembilang. Malangnya nasib kurang baik, ikan sembilang terlepas depan mata. Peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan pemancing. Sediakan peralatan memancing yang lengkap seperti penyedok ikan. Walaupun, terlepas aku tetap bersemengat meneruskan pemburuan udang galah dan ikan. Hobi tetap onz. Sekian...

Khamis, 1 Oktober 2020

PESAN BUAT AKU & SAHABAT | Sajak dan Zikir Penenang Jiwa

PENAMPAKAN BUAYA 'TORPEDO' | Pangkalan Feri Sungai Buluh #monstercroc #b...



PENAMPAKAN BUAYA 'TORPEDO' | Pengkalan Feri Sungai Buluh Salam sejahtera... Feri Sungai Buloh atau lebih dikenali sebagai Feri Sungai Bulu sudah lama tidak beroperasi. Kawasan feri ini menjadi tempat pemancing mencari rezeki, terutamanya pemancing udang. Kelibat buaya ini memang selalu kelihatan semasa feri masih beroperasi. Haiwan liar ini berenang melintasi feri pada waktu-waktu tertentu. Pengguna feri menjadi saksi penampakan reptilia ini dan menjadi perbualan hangat mereka. Menurut pekerja feri pada ketika itu, buaya ini selalu kelihatan timbul dekat feri, tidur di pengkalan feri, atau berehat di pantai dekat feri. Saiz buaya ini 'monster' kata mereka. Penampakan buaya ini direkodkan semasa aku memancing di pangkalan feri Sg. Buloh. Buaya ini berenang dari kawasan Jambatan Batang Sadong. Pada mulanya aku tak ambil peduli sangat. Akan tetapi apabila melihat kelajuan buaya berenang dan arus air pasang pada ketika itu agak deras aku agak teruja. Manakala, video kelibat buaya yang timbul berdekatan pengkalan feri telah dirakamkan oleh sahabat aku Nik Zamri. Katanya buaya itu tiba-tiba muncul dari arah bawah pangkalan feri pada waktu Maghrib. Seram beb. Meremang bulu roma. Saiz buaya besar. Harap video aku jadi informasi berguna kepada pemancing dan pengunjung yang selalu melepak di pangkalan feri ini. Jaga keselamatan diri kita. Jangan ganggu buaya ini kerana ia makhluk Allah yang perlu makan dan berjuang untuk hidup. Saling hormat-menghormati sesama makhluk. Hati-hati gais... Sekian... Terima kasih. Kredit To Nik Zamri. buayaliar,crocodile,borneo,sarawak,malaysia,buayaganas,wildcrocodile,#lajusepertitorpedo,torpedo, feri,ferisungaibuloh,buayabesar,giantcrocodile,monstercrocodile #buaya #crocodile #monstercrocodile #buayaganas #buayaliar #wildcrocodile #borneo #sarawak #malaysia

Jumaat, 29 Mei 2020

RAYA PKPB KELUARGA KECILKU #eidmubarak #normabaru




Takbir, Solat Sunat dan Khutbah Aidulfitri Solat Sunat Aidulfitri biasanya dibuat di masjid. Tahun ni terpaksa dibuat di rumah akibat wabak Covid-19. Semua aktiviti dan tertib seperti takbir hari raya, sunat eid, dan khutbah dilaksanakan di rumah. Satu pengalaman yang istimewa kerana ia mungkin berlaku sekali dalam hidup. Jadi sebagai ketua keluarga, abah rasa perlu ambil peluang ini. Rugi jika tidak dipraktikkan di rumah. Guna keluarga kecilku. Alhamdulillah Allah bantu permudahkan segala urusan biarpun ada kesilapan. Hari ini jadi bilal, esok jadi IMAM. Insha Allah... Allahuma Ya Allah Ya MUJIB. Semoga Allah menerima taubat kita, mengampunkan dosa-dosa kita, memelihara keluarga kita, dan mempermudahkan rezeki kita. Latar Muzik : Zikir Taubat Oleh Ustaz Abdul Somad

VLOG Balik Raya II Jalan Rayo di Wap Pendam #rayapkpb


WAP (JETI) PENDAM DI PAGI SYAWAL | Indahnya Kampungku!!! Muzik Oleh Naja SJ #https://youtu.be/Rji0_eu8IGo Kampung Sadong Jaya teletak di Daerah Kecil Sadong Jaya, Asajaya, Samarahan, Sarawak. Jaraknya dari Kuching lebih kurang 70 KM menggunakan jalanraya. Mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Salah satu tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong ialah Jeti Sadong Jaya atau lebih dikenali dengan 'Warp Pendam'. Nama 'Pendam' adalah nama asal kampung ini. Selain keindahan pemandangannya, Warp Pendam juga tempat pemancing mencuba nasib memburu ikan terusan, buntal, sembilang dan lain-lain lagi. Kampung Sadong Jaya terkenal dengan ikan-ikan 'fresh', khususnya Ikan Terubok Sarawak. Kemudahan 'Homestay' ada disediakan di sini dengan harga berpatutan. Pelancong boleh mengikuti aktiviti-akriviti seperti melihat kelip-kelip waktu malam, merasai makanan tempatan yang terkenal seperti 'burasak', satay, lemang, dan sebagainya.

VLOG Balik Raya II Jalan Rayo di Wap Pendam #rayapkpb

WAP (JETI) PENDAM DI PAGI SYAWAL | Indahnya Kampungku!!! Muzik Oleh Naja SJ #https://youtu.be/Rji0_eu8IGo Kampung Sadong Jaya teletak di Daerah Kecil Sadong Jaya, Asajaya, Samarahan, Sarawak. Jaraknya dari Kuching lebih kurang 70 KM menggunakan jalanraya. Mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Salah satu tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong ialah Jeti Sadong Jaya atau lebih dikenali dengan 'Warp Pendam'. Nama 'Pendam' adalah nama asal kampung ini. Selain keindahan pemandangannya, Warp Pendam juga tempat pemancing mencuba nasib memburu ikan terusan, buntal, sembilang dan lain-lain lagi. Kampung Sadong Jaya terkenal dengan ikan-ikan 'fresh', khususnya Ikan Terubok Sarawak. Kemudahan 'Homestay' ada disediakan di sini dengan harga berpatutan. Pelancong boleh mengikuti aktiviti-akriviti seperti melihat kelip-kelip waktu malam, merasai makanan tempatan yang terkenal seperti 'burasak', satay, lemang, dan sebagainya.

Jumaat, 22 Mei 2020

TAKBIR AIDHUL FITRI DI MASJID NABAWI | Syahdu #eidmubarak #aidulfitri #u...



TAKBIR SYAWAL DI MASJID NABI
Syukur kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut Syawal di Kota Madinah Al-Munawarah serta beraya di Kota Mekah. Pengalaman ini sungguh bermakna buat saya dan keluarga. Benarlah seperti firman Allah S.W.T; "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?". Surah Ar-Rahman (77). Takbir Syawal di Madinah dan Mekah berbeza daripada Takbir Syawal di Malaysia. Takbir Syawal di Madinah dibaca setelah Solat Subuh sehingga waktu Syuruk. Selepas Solat Sunat Hari Raya Aidulfitri, Khutbah dalam bahasa Arab dibaca. Pengalaman ini sangat manis dan bernilai bagi saya. Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi pengalaman ini bersama sahabat2 'youtubers' dan orang lain. Jika suka dengan karya saya, "view", "like" dan "subscribe". Saya sayang anda semua.

Isnin, 18 Mei 2020

IMARAH 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN | MADINAH 1440H (2019) | Menangis Baca...



KENANGAN UMRAH RAMADHAN Bulan Ramadhan Bulan Keberkatan. Bulan yang penuh ganjaran. Walau bagaimanapun, Ramadhan juga penuh dugaan dan cabaran. Dugaan dan cabarannya bukan hanya semata-mata menahan diri daripada lapar dan dahaga., malah mendidik kita menjadi umat Islam yang terbaik. Justeru itu, setiap kali Ramadhan tiba umat Islam berlumba-lumba melakukan amal ibadat samada yang wajib dan yang sunat. Sudah tentu di Haraimain ganjarannya berlipatkaliganda. Oleh yang demikian, pada bulan ini jumlah jamaah umrah bertambah dengan ketara. Kota Makkah dan Madinah dibanjiri para Duyufurahman dari segenap pelusuk dunia yang mempunyai visi yang sama iaitu mengimarahkan bulan Ramadhan, khususnya 10 malam terakhir. Video ini adalah secebis kenangan yang sangat bermakna buat saya hamba Allah yang kerdil. Saya sangat teruja untuk berkongsi kenangan ini dengan tuan-tuan dan puan-puan sebagai satu rujukan dan motivasi kepada bakal-bakal tetamu Allah. Mohon menonton (view), klik ikon 'like' (👍), klik ikon  '🛎'  langgan (Subscribe), klik ikon 'Share' (Kongsi), dan beri komen anda. Semoga memberi manfaat kepada para penonton semua. Saya mendoakan kita semua diberi kesempatan dan peluang mengerjakan Haji dan Umrah bersama-sama keluarga. Amin, Ya Allah Ya MUJIB. Mari kita beristighfar dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.