Aku hamba Allah S.W.T. Ini ruang untuk aku berbicara. Suara kecilku di lautan maya alam siber. Moga2 kita mampu berbicara tentang dunia dan akhirat dengan ilham daripada Yang Maha Esa...
Isnin, 18 Mei 2020
IMARAH 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN | MADINAH 1440H (2019) | Menangis Baca...
KENANGAN UMRAH RAMADHAN Bulan Ramadhan Bulan Keberkatan. Bulan yang penuh ganjaran. Walau bagaimanapun, Ramadhan juga penuh dugaan dan cabaran. Dugaan dan cabarannya bukan hanya semata-mata menahan diri daripada lapar dan dahaga., malah mendidik kita menjadi umat Islam yang terbaik. Justeru itu, setiap kali Ramadhan tiba umat Islam berlumba-lumba melakukan amal ibadat samada yang wajib dan yang sunat. Sudah tentu di Haraimain ganjarannya berlipatkaliganda. Oleh yang demikian, pada bulan ini jumlah jamaah umrah bertambah dengan ketara. Kota Makkah dan Madinah dibanjiri para Duyufurahman dari segenap pelusuk dunia yang mempunyai visi yang sama iaitu mengimarahkan bulan Ramadhan, khususnya 10 malam terakhir. Video ini adalah secebis kenangan yang sangat bermakna buat saya hamba Allah yang kerdil. Saya sangat teruja untuk berkongsi kenangan ini dengan tuan-tuan dan puan-puan sebagai satu rujukan dan motivasi kepada bakal-bakal tetamu Allah. Mohon menonton (view), klik ikon 'like' (👍), klik ikon '🛎' langgan (Subscribe), klik ikon 'Share' (Kongsi), dan beri komen anda. Semoga memberi manfaat kepada para penonton semua. Saya mendoakan kita semua diberi kesempatan dan peluang mengerjakan Haji dan Umrah bersama-sama keluarga. Amin, Ya Allah Ya MUJIB. Mari kita beristighfar dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan