Aku hamba Allah S.W.T. Ini ruang untuk aku berbicara. Suara kecilku di lautan maya alam siber. Moga2 kita mampu berbicara tentang dunia dan akhirat dengan ilham daripada Yang Maha Esa...
Jumaat, 22 Mei 2020
TAKBIR AIDHUL FITRI DI MASJID NABAWI | Syahdu #eidmubarak #aidulfitri #u...
TAKBIR SYAWAL DI MASJID NABI
Syukur kepada Allah S.W.T kerana diberi peluang berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut Syawal di Kota Madinah Al-Munawarah serta beraya di Kota Mekah. Pengalaman ini sungguh bermakna buat saya dan keluarga. Benarlah seperti firman Allah S.W.T; "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?". Surah Ar-Rahman (77). Takbir Syawal di Madinah dan Mekah berbeza daripada Takbir Syawal di Malaysia. Takbir Syawal di Madinah dibaca setelah Solat Subuh sehingga waktu Syuruk. Selepas Solat Sunat Hari Raya Aidulfitri, Khutbah dalam bahasa Arab dibaca. Pengalaman ini sangat manis dan bernilai bagi saya. Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi pengalaman ini bersama sahabat2 'youtubers' dan orang lain. Jika suka dengan karya saya, "view", "like" dan "subscribe". Saya sayang anda semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan