
Sejarah Sadong Jaya
Sejarah Sadong Jaya (atau suatu ketika dahulu dikenali sebagai Pendam), bermula apabila kawasan ini asalnya diterokai oleh beberapa orang penduduk. Peneroka awalnya ialah Abang Man dan Abang Alet yang berasal dari Sebangan. Tujuan mereka meneroka ialah untuk berkebun di samping membuka kawasan baru bagi penduduk Sebangan.
Sementara nama Pendam diambil berikutan kejadian ramai masyarakat Iban yang menetap di kawasan ini yang meninggal dunia akibat memakan seekor ular besar. Ular ini telah dibunuh kerana sering menganggu tanaman penduduk di sini. Menurut cerita masyarakat, hanya seorang wanita yang sarat mengandung yang tidak memakan ular itu dan melaluinya kejadian ini diceritakan. Dalam Bahasa Iban, perkataan pendam bermaksud “kubur” dan disebabkan kejadian sedih ini, ramai yang dikuburkan di tempat ini mengetahui akan cerita ini.
Kini, nama Pendam hanya tinggal kenangan kerana telah ditukar kepada Sadong Jaya oleh YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud beberapa tahun lepas. Mengikut pemimpin masyarakat di sini, perkataan “Sadong” diambil sempena bentuk geografi kawasan ini iaitu berhampiran dengan Batang Sadong (daripada Kuala Sadong menganjur ke Laut Cina Selatan) dan perkataan “Jaya” pula daripada perkataan “berjaya” yang pastinya menjanjikan kejayaan yang berkekalan.
Pentadbiran Baru di Bawah Daerah Asajaya
Pada 1 Januari 2003 adalah detik bersejarah buat Daerah Kecil Sadong Jaya kerana secara rasminya Daerah Kecil Sadong Jaya diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Asajaya. Ia serentak dengan penaiktarafan daerah kecil Asajaya kepada daerah penuh. Sebelum ini, Daerah Kecil Sadong Jaya diletakkan di bawah pentadbiran Daerah Simunjan.
Struktur Pentadbiran Lebih Cekap
Pengecilan beberapa kawasan pentadbiran yang kini telah diambil oleh daerah yang berhampiran telah menjadikan ia mudah untuk ditadbir dan diurus.
Terdapat 21 buah kampung berada di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya meliputi kawasan Sebangan dan Sadong Jaya yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Iban, Cina, Bugis, Jawa dan lain-lain.
Pengangkutan utama kenderaan bermotor. Manakala kawasan Sebangan pula dibawah pentadbiran Pejabat Daerah Kecil Sebuyau.
Masalah tidak lagi timbul untuk ke Sadong Jaya, ini kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang berbagai seperti Bas, Van dan Ekspres Air/Bot tambang. Perjalanan ke Sadong Jaya dari bandaraya Kuching hanya memakan masa satu jam sahaja. Kini kebanyakan anak-anak muda Sadong Jaya berulang alik ke bandaraya Kuching untuk bekerja di sektor perkilangan, swasta dan kerajaan.
Kedudukan Pekan Sadong Jaya amat strategik dan merupakan laluan utama sungai dan darat yang merupakan nadi ekonomi bagi daerah ini.
Peristiwa Bersejarah di Sadong Jaya
Mengikut cerita pemimpin masyarakat di sini, di Sadong Jaya pernah berlaku peristiwa bersejarah iaitu apabila kapal Syariff Masahor telah tenggelam akibat diserang oleh penjajah pada masa itu, sebelum mereka melarikan diri dari Ensengai (kawasan Simunjan) ke Lingga. Peristiwa ini telah berlaku di muara Sungai Pendam.
Kemudahan dan Kegiatan Ekonomi di Sadong Jaya
Pekan Sadong Jaya mempunyai sebuah bangunan kedai kayu, gerai Majlis Daerah Samarahan dan 2 buah deretan bangunan konkrit. Selain Pasar Daerah Kecil Sadong Jaya terdapat juga kedai-kedai di kawasan lain seperti di Jemukan (3 buah), Semera (7 buah) dan masing-masing sebuah di Terasi dan Iboi.
Sumber pendapatan utama penduduk di sini ialah pertanian iaitu menanam pelbagai jenis tanaman seperti kelapa, koko, padi, buah-buahan seperti durian, rambutan, mangga dan lain-lain. Setakat ini semua kampung telah melibatkan diri dalam Skim Jabatan Pertanian selain skim pertanian bersepadu atau berkelompok (melibatkan 17 penduduk) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Di samping itu, ada segelintir yang menjadi nelayan serta berniaga kecil-kecilan. Ikan Terubok juga adalah spesis ikan utama yang boleh didapati di sini sekiranya tiba musimnya.
Rata-ratanya kaum Cina yang menetap di sini terdiri daripada golongan peniaga dan juga mengusahakan ternakan udang harimau. Di Sadong Jaya juga terdapat Kilang Tebaloi yang diusahakan oleh pertubuhan peladang.
Kegiatan pertanian berskala besar terutamanya penanaman kelapa sawit juga diusahakan di Sadong Jaya dengan FELCRA memainkan peranan utama. Ladang kelapa sawit yang dibuka ini telah memberi peluang pekerjaaan kepada belia dan penduduk setempat. Ia melibatkan penduduk di 5 kawasan iaitu Sungai Buluh, Senagih, Serasi, Sadong Jaya dan Jemukan.
Kemudahan Asas Sadong Jaya
Kemudahan-kemudahan asas seperti jalanraya menghubungi Sadong Jaya ke Sungai Bulu sepanjang 11.7 km dengan menelan belanja RM215 juta dan siap dibina dalam tahun 1999. Rangkaian jalanraya ini meliputi kawasan Sungai Bundong, Sungai Bulu, Rangawan, Senageh, Terasi Ulu, Terasi Iban, Sungai Putin, Sungai Bilis dan Tanjung Kelaso/ Rangkang banyak memberi faedah kepada penduduk terutama dari segi pemasaran hasil tani. Terdapat juga sebuah Klinik Kesihatan Sadong Jaya. Kemudahan tempat beribadat juga tidak diabaikan dan setakat ini terdapat 10 buah masjid, 1 gereja dan 3 tokong.
Pendidikan
Daerah Kecil Sadong Jaya mempunyai keistimewaan tersendiri sebabnya hanya di Sadong Jaya sahaja terdapat Pesantren yang menekankan pelajaran agama iaitu Pesantren Abdul Taib Mahmud (PATM) yang telah diwujudkan tahun 1992. Selain itu, terdapat 8 buah sekolah kebangsaan, 2 buah sekolah jenis kebangsaan dan sebuah sekolah menengah.
Selain itu, kira-kira 15 km dari pekan Sadong Jaya terdapat sebuah institusi pendidikan teknikal iaitu Pusat Giat MARA Batang Sadong yang menawarkan beberapa kursus seperti Teknologi Automotif/Teknologi Membaiki Motosikal dan Teknologi Fabrik Jahitan yang terletak di Kampung Semera.
Pembangunan Sadong Jaya
Kawasan Sadong Jaya adalah dibawah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.18 Sadong Jaya iaitu YB Haji Wan Abdul Wahab Bin Wan Sanusi dan ahli Parlimen P.174 Batang Sadong YB Nancy Shukri sedang menuju ke arah pembangunan.
Sejak berkembangnya perubahan pembangunan di daerah ini khususnya rangkaian jalanraya, penduduk yang tinggal di Sadong Jaya kini boleh pergi ke bandaraya Kuching dalam masa yang singkat. Ia juga memberi kesan kepada pengangkutan hasil pertanian dan beberapa urusan harian penduduk yang berlaku di kampung dapat diuruskan dengan segera kerana perjalanan akan mengambil masa yang singkat. Perubahan pembangunan di kawasan ini merupakan salah satu kelebihan kepada penduduk-penduduk di Sadong Jaya dan ini berkat konsep politik pembangunan yang diasaskan oleh pemimpin kita dan ternyata ia diterima baik oleh penduduk.
Fakta Daerah Kecil Sadong Jaya
Kedudukan 15 km dari Daerah Asajaya, 75 km dari dari Kuching,
25 km dari Samarahan (menggunakan perkhidmatan Feri)
Keistimewaan Sadong Jaya terkenal dengan hasil pertanian seperti
kelapa, nanas, limau dan sebagainya.
Komposisi Penduduk Melayu (9,363), Cina (898), Iban (725), Lain-Lain (586)
Pekerjaan Utama Nelayan (15%), Petani (40%), kerajaan (15%), swasta (25%), Lain-Lain (5%)
Kemudahan Asas Bekalan Air, Elektrik, Telefon, Sekolah Rendah (8), Sekolah Jenis Kebangsaan (8), Sekolah Menengah (1), Pesantren, Masjid (10), Surau (17), Gereja (1), Tokong (3), Klinik Kesihatan (3), Dermaga (1)
Perhubungan Utama Perjalanan darat (Bas, Van Sewa dan Kenderaan Sendiri)
Agensi Kerajaan KEMAS, Jabatan Perikanan, Jabatan Kesihatan, Polis, RELA, Majlis Daerah, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), Pusat Giat MARA dan FELCRA
MP / ADUN YB Haji Wan Abdul Wahab Bin Wan Sanusi (N.18 Sadong Jaya)
YB Hajah Sukinam Domo (P.174 Batang Sadong)



Salam sejahtera sdra نيش, saya nak 'beloya' sikit dalam blog sdra ini. Tapi sebelum itu, syabasy saya ucapkan kepada cikgu نيش kerana mewujudkan satu blog yang memberi fokus kepada Daerah Kecil Sadong Jaya (DKSJ). Saya nak 'beloya' sedikit tentang penamaan Kpg Pendam dari 'Pendam' ke 'Sadong Jaya' atau dari 'Kpg Pendam' ke 'Kpg Sadong Jaya'. Seterusnya, apabila beberapa buah kampung sekitar kawasan kuala Sg Sadong / Btg Sadong dijadikan sebuah daerah kecil (sub-district), maka lahirlah pula nama 'Daerah Kecil Sadong Jaya'! Nama ini memang selesa diterima telinga tetapi ia tidak mempunyai nilai sejarah legenda. Nama ini hanya didasarkan pada tempat letaknya di kuala Sg Sadong/ Btg Sadong dan harapan kejayaan. Walhal, Sg Sadong itu amat jauh unjurannya, nun sampai ke Serian (Ulu Sadong). Jadi, kalau nak menamakan daerah di sekitar kuala Sg Sadong itu, mungkin lebih tepat di sebut sebagai 'Daerah Kecil Kuala Sadong' >:) Sigek agik (satu lagi), nama Sadong Jaya digunakan untuk menamakan daerah kecil dan kampung, 'Daerah Kecil Sadong Jaya' dan ' Kampung Sadong Jaya' ! Ini agak mengelirukan! Sekejap 'Sadong Jaya' jadi 'daerah kecil', sekejap lagi ia jadi 'kampung'! Agak-agaknya lebih baik digunakan untuk menamakan salah satu saja daripada dua entiti tersebut. Cadangan: 'Daerah Kecil Sadong Jaya' jadi 'Daerah Kecil Kuala Sadong', dan 'Kampung Pendam' jadi 'Kampung Sadong Jaya' >:) Ops, saya ada pendapat lagi tentang nama Kpg Pendam yang mungkin lebih unik dan menyelerakan! Setakat tuk dolok sdra نيش. Kelak beloya agik. Assalamu'alaikum.
BalasPadamAsalamulaikum dan Waalaikumsalam...
PadamTerima kasih geng atas maklum balas apa yg saya copy paste dari sebuah laman...
Sori sebab lamak xreply...jarang bukak internet kinek tuk...
Nama boleh membawa banyak pengertian...sama ada konotasi yg baik atau buruk...Justru ya, dlm agama kito digalakkan memberi nama yg membawa maksud yg baik...sak bilo disebut selalu alu jd doa dan memberik akibat yg baik juak...Insha Allah.
Nama 'Pendam' dolok nang nyaman disebut...sampey kinek tuk pun org lebih gemar nyebut namo yo...tapi konotasi namo tuk mun dikaji2 ngembak pengertian yg xberapo enak didengar...sesuei ngan mitosnya.
Kmk pun dolok marek g sekolah menengah selalu ditunggah cdak geng 'antu bangkit'...hatta bilo g ngaja di sekolah ulu sungei dolok pun ditunggah pio...kmk xpernah manas bilo diguro pio...gurauan yo ado sebabnya...haha...
pasyo...'pendam' dalam Bahasa Rasmi kito juak membawa maksud berlawanan dgn maksud kemajuan...misalnya org suka memendam perasaan xbagus mun dipikir kito...dalam psikologi kita perlu luahkan masalah kito...dalam islam luahkan kepada org2 terdekat atau Allah S.W.T...baruk lega perasaan kito...
untuk kemajuan kito perlu lebih vokal dan berani meluahkan perasaan...perlu bersikap 'progresif'...mun main pendam jak perasaan dan bakat kito sapo tauk...pio jak lah tahap kito sampey bila2...
balit semula dengan soal doa tadik...bila selallu disebut 'pendam' ia membawa konotasi yg x sesuai dgn hasrat 'memajukan' daerah kito...atas sebab yo kmk raso kepimpinan kita ngubah namo 'pendam' kepada 'Sadong Jaya'...Saat pengumuman perubahan namo tuk oleh Datuk Taib dolok kmk masih ingat berlaku di Madrasah Abdul Taib Mahmud...tapi kmk xingat tarikhnya...
Pasal nama sadong jaya ya xsesuai atas dasar lokasi nya kmk xsetuju dgn tuan...nang bena sadong ya entiti yg lebih besar logistiknya...dari moro sampei ke ulu batang sadong jaya...tapi xsalah mberik nama sadong jaya...
Sebab apa?...sebab nama 'pendam' tadik perlu diubah...cobo mun namo pendam ya membawa maksud yg bagus...kmk percayak semua orang xsetuju tukar...
Cobo kita nanggar nama2 daerah dan kampung lain di sepanjang batang sadong...misalnya simunjan, gedong...nama yg lamak dan terkenal ya...mun kita cadang tuka ke sadong jaya x cdak org kampung ya maok...k pa nuka nama yg udah bagus dan top ya...
nama sadong ya 'generaly' menggambarkan kawasan sg batang sadong...tapi xsalah makei nama sadong jaya...sebab ada beza 'jaya' ya...mun nak spesifik ngekot kuala, muara, iler, ulu...kmk x berapa nak setuju...sebab nama ya xberapa rindok didengar...
Setakat tuk dolok nyo...nakpo nak dipadah kmk atas pandangan kmk sebagai individu bukan mewakili pihak lain...mun ada masa beloya gik lam tuk...
Mun sadong hilir pun ok juak sbb nama ya pernah digunapakai sempena nama smk sadong hilir semera sekitar lewat 80an
PadamMengapa tiada ulasan. Saya dah ulas tetapi tidak disiarkan!
BalasPadamAssalam. kamek pun nak beloya juak kat ctuk. kamek anak muda pendam, tp xgilak berada di kpg. salu jak jd perantau. anyway, you have an awesome blog and tatabicara yang menarik. sedikit komen disitok, apa kata kitak engkah gmbar2 terbaru di sadong jaya. macam pejabat daerah nya, and maybe gmbar2 lain juak. updatekan selalu mun ada masa. ni tauk mun mena2 sadong jaya ada homestay kelak, boleh jd tarikan tourists xkira la dari cni. kitak bole jd one of the promoters. hehe :) by the way syabas la k kitak!! hidup anak sadong jaya :)
BalasPadamsalam..blog yg ktk plh tok scara lngsung dpt promote gk kmpg tok n rsanya x bnyk bh org tauk glak psal kmpg tok..hatta kmk pn x berapa tauk glak..tp apa pn,,blog tok nang dpt brik bnyk informasi yg amat bguna skali..good luck
BalasPadamdr ank watan kmpg sadong jaya ulu..
Salam...
BalasPadamTq atas ulasan n sori lambat reply hehe...Insha Allah mun ada kelapangan kmk akan masukkan informasi baru untuk memperkenalkan kampung ke mata dunia maya ini...
saya anak jati pendam, lebih suka saya memperkenalkan saya orang pendam walaupun saya berkerja jauh di tempat orang dari saya sebut sadong jaya. sbab sadong jaya tok hanya bagus diguna untuk nama daerah kecil sahaja. Pendam tetap nama terbaik bagi saya.
BalasPadam